Tanda-tanda kehamilan bagi setiap orang berbeza. Ada juga Mommy yang tidak mengalami sebarang tanda awal kehamilan. Namun, ada beberapa tanda awal kehamilan yang boleh Mommy jadikan panduan dan guide line.
Hari ni nak share 10 tanda kehamilan yang mungkin ada pada ibu-ibu yang baru mahu menimang cahaya mata. Mungkin Mommy mengalami kesemua tanda ini atau sebahagian sahaja.
Ibu Mula Mengidam Pada Makanan Tertentu
Mengidam boleh jadi salah satu tanda kehamilan. Ada Mommy yang tiba-tiba teringin makan makanan yang tidak pernah mereka sentuh pun sebelum ni. ianya mungkin klise bagi sesetengah orang. Tapi mengidam antara tanda yang boleh menunjukan seseorang itu hamil.
Mengandung kali ni saya lebih suka makanan-makanan manis. Padahal sebelum ni tak berapa gemar sangat benda-benda manis. tulis ni pun dah terliur teru=ingat kuih seri muka, puding-puding berkuah, kek caramel dan sebagainya. Arghhh!!
Warna Areola Menjadi Gelap
Perhatikan warna di sekeliling puting payudara. Jika ianya bertukar menjadi gelap, ini bermakna proses persenyawaan telah berjaya berlaku. Tapi ada kemungkinan juga ia hnaya sekadar tanda ketidakstabilan hormon.
Kerap Buang Air Kecil
Tahukah Mommy selepas embrio melekat dan mula menghasilkam hormon, kemungkinan besar Mommy akan kerap membuang air kecil. Hormon ini dikenali dengan nama
“Human Chorionic Gonadotropin”
Keletihan Melampau
Tahap hormon progestron yang tinggi pada ibu hamil menyebabkan kebanyakan Mommy berasa seperti baru selepas berlari marathon walaupun hakikatnya mereka hanya duduk kerja di pejabat sahaja.
Keletihan adalah salah satu tanda penting bahawa seseorang itu sedang hamil.
Pendarahan Atau Kekejangan akibat Implantasi
Kebiasaannya 8 hari selepas ovulasi, Mommy mungkin akan mengalami pendarahan implantasi, di mana akan terdapat tompokan darah berwarna merah jambu atau coklat. Berlaku juga sedikit kekejangan pada kawasan perut.
Ini kerana telur sedang membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Rasanya seperti waktu hendak datang haid.
Payudara Melembut Dan Membengkak
Mommy, kebiasaanya payudara mungkin akan agak sensitif terhadap sentuhan sebelum kedatangan haid. Sebenarnya jika Mommy hamil, perkara yang sama akan berlaku tetapi ianya pada tahap yang lebih lagi. Namun, bila badan Mommy dah biasa dengan peningkatan hormon, kesakitan itu akan berkurangan dan hilang.
Deria Rasa Berubah
Hal ini agak comel, kebiasannya di awal kehamilan ada sesetengah Mommy yang tiba-tiba tak suka dengan apa yang mereka suka sebelum ni. Contohnya mereka rasakan kopi yang sering mereka minum setiap pagi tidak lagi enak seperti biasa. Ada juga sesetngah Mommy yang terasa payau sahaja tekaknya.
Mabuk Pada Waktu Pagi
Huh yang ni memang ramai Mommy tak boleh tahan. Bagi Mommy yang bekerjaya lagi lah sadis rasanya. Yelah tak semua orang boleh faham. ada yang ingat kita sengaja dan mengada. Keadaan ini biasanya berlanjutan sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan.
tapi ada juga wanita yang amat bertuah kerana tak mengalami Morning Sickness ni. Ianya tak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja tau. Ada juga yang berlanjutan sehingga petang dan malam.
Haid Tak Kunjung Tiba
Masa ni perasaan pasti bercampur baur. Ish kenapa tak period lagi. Setiap hari menanti dengan seribu satu persoalan. Padahal sebelum ni haid datang teratur je. Biasanya jika keadaan ini berlaku. Anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan. Tidak datang haid adalah penunjuk paling kuat yang anda hamil.
Ujian Kehamilan Positif
Tiada lagi teka teki. Kini terjawab sudah, bila ujian kehamilan menunjukan tanda positif. Mommy disarankan untuk terus buat temu janji dengan Doktor untuk dapatkan nasihat yang lebih baik untuk pastikan Mommy dan Baby dalam keadaan yang baik sepanjang kehamilan.
Tahniah Mommy!
Mommy disarankan untuk mencuba Set Kehamilan dari Shaklee untuk pastikan Mommy sihat sepanjang kehamilan dan dapat bantu Mommy mengurangkan rasa mual, loya dantak bermaya sepanjang kehamilan.
Untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA, jom hubungi saya di talian 012-7894742.