Intermittent Fasting, sekarang ni popular betulkan word Intermittent Fasting ni. Tapi, apa sebenarnya Intermittent Fasting tu? Sana sini dok sebut pasal Intermittent Fasting (IF). Sampai lah akak pun terjebak nak tahu apalah dia IF ni sebenarnya.
Intermittent Fasting ni sebenarnya bukanlah sejenis diet tau. Ianya hanyalah puasa. Puasa sekejap- sekejap. Puasa yang terputus-putus. Alamak kenapa kena puasa putus-putus?
Haa dulu akak pun ada mindset ishh apa lah puasa sekerat-sekerat. Kan lebih baik puasa je. Ni nak main putus-putus puasa pulak kan? Tapi tu masa tak fahamlah apa sebenarnya IF. Kalau mampu untuk berpuasa setiap hari why not. Silakan.
Intermittent fasting lebih kepada satu gaya atau corak dalam pengambilan makanan yang lebih teratur mengikut batas masa yang telah ditetapkan dengan tujuan mendapatkan kebaikan dari berpuasa.
Sebenarnya waktu tidur juga kita sedang berpuasa kerana waktu makan terakhir dengan waktu makan seterusnya dah terjarak lebih lama cuma kita saja tidak beranggapan ia sebagai berpuasa.
Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi daripada berpuasa. Malah dalam ajaran islam pun diwajibkan umatnya berpuasa selama sebulan jika tiada keuzuran. Untuk mempraktikkan intermittent fasting amatlah mudah dan bebas.
Bebas untuk memilih masa. Bebas memilih tempoh jam berpuasa dan boleh dipraktikkan sama ada ingin minum air atau tidak semasa berpuasa.
Diantara kebaikkan berpuasa:-
- Membantu proses detox
- Menurunkan paras gula dalam darah
- Memperbaiki fungsi insulin
- Meningkatkan metabolisma
- Menurunkan berat badan
- Mengawal rasa lapar
- Mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik
- Memperbaiki fungsi otak
- Meningkatkan daya ingatan
- Memperbaiki kesihatan usus
- Memperbaiki sistem imun
- Mencantikkan kulit
- Mengaktifkan proses autophagy
Puasa Untuk Reset , Makan Untuk Memberi Nutrisi & Memelihara Tubuh.
Berpuasa sudah menjadi sebahagian daripada pelbagai Agama dan budaya di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan.
Ada orang kata, “buat apa IF, puasalah betul-betul”
Ya, untuk yang mampu puasa Isnin Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh teruskan. Itu yang terbaik. Tapi tak semua mampu nak puasa Isnin Khamis, Puasa Nabi Daud boleh follow IF.
Faedah IF antaranya :
• Fokus untuk mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan anda.
• Belajar cara menguruskan tabiat makan anda.
• Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.
Kajian mengesyorkan kita berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih (jika mampu) untuk memaksimumkan manfaat berpuasa.
Apabila kita berada dalam tempoh makan, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi dan mempraktikkan gaya hidup sihat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan berpuasa.
Intermittent Fasting (IF) mula mendapat popularity apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus.
Sekiranya dilakukan dengan betul IF membantu untuk penurunan berat badan, membantu pesakit diabetes menstabikan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaat terhadap kesihatan.
2 Comments