Berpuasa Dengan Set Ramadan Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Ibu

Berpuasa dengan Shaklee bukan perkara asing lagi dalam keluarga kami. Hampir 5-6 tahun rasanya kami hanya berpuasa dengan Shaklee. Set Ramadan Shaklee adalah pilihan kami sekeluarga.

Nak tahu tak kenapa kami memilih Set Berpuasa Shaklee sepanjang Ramadan? Ada 1001 sebab sebenarnya. Gituew!

Set Ramadan Shaklee sangat jimat dan berbaloi
Set Ramadan Shaklee

Tapi akak nak share 7 sebab kenapa akak suka sangat menjalani Ibadah di bulan Ramadan dengan set berpuasa Shaklee dengan akronim R.A.M.A.D.A.N

R – RINGKAS

Walaupun akak ni memang boleh dikatakan pro di dapur, tapi untuk kelentung kelentang di dapur pagi buta tu memang tidaklah. Baik akak habiskan sepertiga malam akak dengan ibadah lain. Kannn!

Sebenarnya sangat-sangat ringkas berpuasa dengan set ramadan Shaklee ni. Semudah 1-2-3. Kalau terlewat bangun pun tak risau sebab sediakan juadah bersahur dengan Shaklee ni teramatlah mudah.

Lebur semua dalam Blender Ferano Shaklee tu, zreet zreet zreet siap!!! tak ke bahagia rasanya.

A – ANAK RAMAI

Anak akak 6 orang maka akak kena bijak mengunakan masa sebaiknya untuk pastikan anak-anak semua dapat bersahur sempurna, akak juga dapat manfaatkan waktu sebaiknya dibulan Ramadan ni. Nak kejut anak-anak bangun sahur adakalanya mencabar ok.

Sambil kita kejut nak tunggu dia bangun dengan nak bersilat kat dapur lagi, ada sat lagi tahu-tahu Pak Bilal pun dah mula melaungkan azan. Akak stress depa bengang. Tapi dengan Set berpuasa Shaklee ni terlalu mudah.

Depa tak nak bangun akak bawak je gelas naik atas sua kat sorang-sorang sambil terpejam mata pun boleh sahur. Hahahahah. Tak ke mudah, walaupun ia jarang-jaranglah berlaku sebenarnya.

Set Ramadan Shaklee juga sesuai untuk anak-anak bersahur
Set Puasa Shaklee

M – MENGANTUK

Yang paling bahagia ialah, bila anak-anak akak sendiri menolak bersahur dengan makanan berat seperti nasi dan lain-lain.

“Mama, kita orang tak nak makan nasi masa sahur, nak ESP je masa sahur sebab nanti mengantuk dalam kelas kalau makan nasi masa sahur”

Tak ke bahagia kalau dengar ayat macam ni dari mulut anak-anak.

Ya! Ramai pelajar yang mempunyai isu hilang fokus dan mengantuk di dalam kelas sepanjang bulan Ramadan. mungkin ramai yang tak sedar, pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat mengandungi asid amino tryptophan, dan asid ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk.

Sebab tukan, kalau bukan bulan puasa pun, lepas je makan mata pun mulalah layu minta bantal.

A – AMAL IBADAH

Set ramadan shaklee memang membantu untuk kita lebih bertenaga dan fokus sepanjang bulan Ramadan. Cinch Tea Shaklee antara suplement Ramadan yang akak wajib ambil untuk dapatkan tenaga segera disamping bantu tingkatkan metabollik badan.

Maklumlah kan, usia makin lama makin “muda” maka sistem metabolik badan makin rendah dan susah untuk membuang kalori.

Cinch Tea ni juga membantu untuk kurangkan rasa mengantuk, maka tak adalah bila lepas berbuka tu mata ni macam nak terpejam jekan, tak adalah time Imam terawikh baca surah panjang-panjang asyik dok menguap je.

Paling best alhamdulillah nak bangun qiam di waktu malam pun mudah insyaAllah.

D – Dehidrasi

Haa yang ni akak suka sangat, sebab pengambilan Performance Drink (PD) yang merupakan salah satu item yang ada dalam set Ramadan Shaklee ni membantu tambah elektrolit dalam badan dan bantu juga menyeimbangkan bendalir dalam badan semasa kita berpuasa.

Jadinya balik sekolah tu tak adalah anak-anak ni melepek lesu je. PD ni memang membantu beri tenaga dan bantu elakan badan dehidrasi. Dengan cuaca yang tidak menentu akak memang wajibkan anak-anak akak ambil PD ni sepanjang berpuasa sebab risau terkena strok haba jika cuaca terlalu panas.

Gabungan Set Ramadan Shaklee Cinch dan Pd Orange beri tenaga kekal lamaA – AKTIF

Pengambilan ESP Shaklee dalam Set Ramadan sangat-sangat membantu akak dan anak-anak kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Maklumlah akak ni anak 6 orang, tak ada maid. Ada anak kecil yang tengah banyak ragam, uruskan business lagi.

Maka pemilihan pemakanan semasa bersahur sangat-sangat penting bagi meastikan akak kekal aktif sepanjang berpuasa.

Antara kelebihan ESP semasa berpuasa ialah

  • Membantu kekal bertenaga untuk jangka masa panjang
  • Membaiki tisu-tisu perut yang telah terhakis
  • Membantu kurangkan asid dalam perut
  • Memberi tenaga segera
Set Ramadan Shaklee memberikan sumber protein terbaik
ESP Shaklee

N – NUTRISI LENGKAP

Yes! Ini yang utama! Set Ramadan Shaklee berikan nutrisi lengkap sepanjang kita berpuasa. #SahurSimpleZatPadu. Sebagai ibu pasti kita nak anak-anak dan seluruh ahli keluarga dapat zat nutrisi yang lengkap walaupun mereka berpuasa bukan.

Maka pilihan berpuasa dengan Set Ramadan Shaklee adalah pilihan terbaik dan bijak oleh para ibu untuk seisi keluarga.

Yang lagi bestkan, Set Ramadan Shaklee ni juga boleh dijadikan sebagai peluang untuk sama-sama tambah pendapatan menjelang Raya. Yelah kan nak raya sure nak pakai duit banyak.

Maka kami di bawah team Billionaire Family ada buat satu program #ProjekDuitRaya untuk mereka yang nak tambah income di bulan Ramadan ni

Set Ramadan Shaklee boleh bantu jana pendapatan
Cari Duit Raya

Siapa yang berminat boleh je contact saya sekarang. Klik ada link “ini” ya. Jom bersahur dengan Shaklee #SahurSimpleZatPadu

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Similar Posts

16 Comments

  1. Dulu takut sangat rasa kalau sahur tak makan nasi. Sekarang takut makan nasi. Hahaha lagi bertenaga kalau ambik shake saja

  2. 2 tahun bersahur dengan protein shaklee & performance drink memang tak pernah mengecewakn😋 bagi extra energy + susu badan pun tak drop waktu berpuasa.

  3. Terbaik lah set Ramadhan Shaklee! Saya belum start 100% sebelum ni, tapi dah amalkan esp untuk sahur masa puasa ganti dan puasa sunat😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *