Bisnes Online Terbaik Malaysia
|

6 Ciri Bisnes Online Terbaik Untuk Wanita Sukses

Hari ini bisnes online sudah tidak asing lagi sama ada pada wanita berkerjaya mahupun surirumah. Pilihan berbisnes online adalah salah satu cabang pendapatan yang sangat sesuai untuk wanita di luar sana

Pengalaman akak sendiri yang dahulunya seorang lawyer, tapi siapa sangka akhirnya menjadi salah seorang leader yang membangunkan team melalui bisnes online.

Susah ke nak berbisnes online ni? Macam mana nak pilih bisnes online yang sesuai untuk saya? Mungkin banyak lagi persoalan yang timbul dalam pencarian tentang bisnes online ini.

6 sebab yang akak rasa bisnes online yang akak lakukan hari ini adalah pilihan yang tepat untuk akak. Akak huraikan 6 point ni dengan akronim O.N.L.I.N.E

O – On The Go

Hari ini semua orang memilih sesuatu yang mudah dan ringkas. Sama seperti akak, akak juga nak yang mudah dan ringkas. Bisnes online Shaklee menjadi pilihan akak kerana bisnes ini berkonsep “On The Go”.

Ha apa itu Bisnes “On The Go”?

Ia adalah satu bisnes yang mudah dan fleksibel dari mana sahaja. Tidak kira pada peringkat umur mana, tidak kira mengunakan peranti apa, tidak kira di waktu bila sahaja.

Ia adalah satu bisnes yang mudah untuk diurus. Sebagai contoh perniagaan akak tidak pernah sekali mengalami kekangan untuk diusahakan walaupun waktu itu akak di dalam situasi yang sukar.

Bisnes Online Terbaik

Contoh, bisnes tetap mudah diurus walaupun akak pergi bercuti ke merata dunia. Bisnes tetap mudah diurus walaupun di saat anak-anak diuji kesihatan. Bisnes online ini juga tetap tidak menghalang akak melakukan aktiviti lain yang akak suka. Semuanya dihujung jari.

Yang lagi best, bisnes ini tak memerlukan modal yang besar pun. Syok ke syok, malah dengan bisnes online ini juga akak dapat kebebasan masa.

N – Networking

Satu yang akak tak jangka dahulu ialah akak akan ada keluarga besar dari pelusuk negeri dan dunia. Melalui bisnes online ini akak dapat lebarkan networking akak bukan sahaja di dalam Malaysia malah sehingga ke luar negara.

Mempunyai rakan bisnes dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan keturunan. Kita hidup bagaikan satu family besar yang saling memberi inspirasi dan saling berpesan.

Bisnes online berkonsepkan networking ini merupakan kredit yang sangat mahal nilainya jika nak dibandingkan dengan wang ringgit.

Melalui networking bisnes online ini akak dapat belajar banyak benda. Dapat kutip pengalaman dan ilmu-ilmu luar biasa. Seronok sangat berada di bawah payung Billionaire Family yang saling support each other.

Bisnes Online

L – Legasi

Yang paling akak suka dengan konsep bisnes online yang sedang akak lakukan hari ini kerana ia boleh menjadi legasi

Haa apa tu legasi? Begini, bisnes Shaklee yang sedang akak usahakan bersama suami ini boleh diwariskan pada anak-anak. Seronok tak kalau kita bina satu perniagaan tu bertahun-tahun, kemudian ianya boleh pula diwariskan pada anak cucu kita.

Tak adalah apa yang kita usahakan tu sia-sia bila kita pulang menghadap pencipta. Nasib anak-anak juga terbela dengan ada bisnes yang berterusan walaupun kita telah reput di mamah bumi.

Bisnes Online Terbaik Malaysia

I – Ilmu

Apa pun yang kita lakukan ilmu sangat lah penting. Syukur dengan bisnes online ini. Terlalu banyak sumber ilmu dan rujukan secara PERCUMA yang leader dan company berikan.

Pendek kata tak adalah kita terkontang kanting nak bangunkan bisnes online ini sendirian. Kita ada support group yang sangat kuat.

Malah company sendiri sangat-sanagt memberi sokongan kepada semua para leader yang ingin berjaya bersama bisnes ini.

Bila ilmu ada, apa pun nak buat mudah sahaja. Janbji ada kemahuan yang bersungguh dan matlamat yang jelas.

N – Niat

Namun apa pun dalam hidup kita ini berbalik pada niat. apa niat kita nak menceburi bisnes online tu. Saya selalu pesan kepada team saya

“Don’t go into business to get rich. Do it to enrich people. It will come back to you”

Stew Leonard

Dalam hidup ini, matematiknya mudah. Untuk kita capai impian kita, kita bantu orang lain capai impian mereka. InsyaAllah mudah sahaja rezeki itu akan mengalir pada kita kembali.

Bisnes Online

Perlu juga diingatkan, jangan kerana inginkan pendapatan secara pantas, kita buat bisnes dengan cara salah dan menyusahkan orang lain. Jaga niat, jaga tindakan.

E – Evergreen

Sebelum terjebak dengan mana-mana bisnes online, pastikan uols kaji dahulu background company yang ingin uols sertai.

Ianya sangat penting bagi menjamin keberlangsungan perniagaan uols. Pilih syarikat yang sekurang-kurangnya berpengalaman lebih 10 tahun dan mempunyai track record yang baik.

Macam akak sendiri memilih perniagaan Shaklee kerana akak yakin dengan Company yang sangat strong. Ditambah pula dengan produk evergreen yang sangat relevan untuk pelbagai peringkat usia.

Kalau uols nak tahu, Multivitamin pertama di dunia ni dicipta sendiri oleh Dr Shaklee. Kalau Vitamin pun usia dah lebih 100 tahun dan masih wujud, ditambah pula dengan Company yang telah beroperasi lebih 25 tahun di Malaysia.

Bisnes Online Terbaik
Bisnes online yang mempunyai syarikat dan produk yang kukuh

Sudah tentulah ianya sangat strong bukan. Malah Shaklee tak pernah lewat walaupun sehari dalam membayar bonus kami para distributor.

Sebagai kesimpulan, apa pun yang kita lakukan pastikan kita jelas dengan matlamat dan tujuan. Akak doakan pencarian uols untuk berbisnes online diberi kemudahan dan uols dapat buat pilihan yang paling tepat dan baik.

Kalau berminat nak join our Shaklee Family. Kecil tapak tangan Stadium Shah Alam akak tadahkan. Whatsapp je akak, sepantas kilat akak balas.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #SahurSimpleZatPadu #ProjekDuitRaya

JOM HUBUNGI AKAK CUN SEKARANG!

www.wasap.my/60127894742/bisnesshaklee

Fb: Zura Betty

TIKTOK: Zura Betty

Instagram: Zura Betty

WEB: naluriibu.net

Ikon Wanita Bahagia & Berjaya

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM35.

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *