Bola Tidak Akan Melantun Tinggi Jika Tidak Rasa Sakitnya Terhentak Ke Bumi

Hero Selalu Kalah Dulu 

Kerapkan kita dengar Frasa ini. Hero Kena Kalah Dahulu.. Saya tersenyum dan terus teringat akan cerita Hindustan.. Saya yakin ramai antara kalian suka kan tengok cerita Hindustan sambil feeling-feeling. Haa kan betul kalau tak masakan anda tersenyum.. 🙂
Dalam cerita Hindustan, Selalu kita akan tengok pada awalnya Hero akan teruk di belasah.. Kebiasaanya kerana rebutkan kekasih. Ada yang lagi sadis sampai kena tembak.. tapi tiba-tiba dapat kuasa macam Ultraman, lampu pun mula berkelip dan si Hero bangkit menentang musuh dengan jayanya. Ditambah dengan sound effect yang memang perfect..
Hero bangkit dari sakitnya jatuh. Mara dan terus mara membelasah si musuh untuk pastikan kekasih hati kembali di dalam genggaman. Dan akhirnya berjaya, terlupa terus sakit semasa jatuh dahulu dan terus hidup bahagia bersama kekasih hati. Lumrah kan ceritanya begitu.

Tarik Kebelakang.., Lepas..!!

Teringat juga saya aktiviti beberapa minggu lepas bermain anak panah. Kita harus tarik dahulu getah itu kebelakang untuk pastikan ianya meluncur laju ke hadapan. Salah step getah melintasi tangan bengkak seminggu kesan dari kesilapan. Perlukan momentum dan fokus yang kuat. 
Jika di sekolah dahulu.. Pasti pernah bukan masuk ke acara saringan untuk lompat jauh..? Bagaimana ianya dilakukan..? Kita terpaksa lari kebelakang dahulu dan kemudian kehadan laju dan terus laju dan barulah boleh lompat sejauh yang mungkin. 

Undur Dan Terus Mara Kehadapan

Jika kita renung kembali. Sama sahaja dengan hidup ini. Adakalanya kita perlu melalui kejatuhan untuk terus mara ke hadapan. Sama seperti berniaga. Ada kalanya naik mendadak.. adakalanya jatuh terduduk.. Itu lumrah.. 
Namun.. adakah di saat jatuh terduduk itu membuktikan yang kita sudah gagal..? 
Tepuk dada tanya akal..? Bagaimana anda mahu melaluinya..? 
Jawapan yang saya berikan ialah TIDAK..! 
Tidak selagi anda terus mahu bangkit dan berusaha. 
Ya..! 
Jika kejatuhan itu menjadi titik penamat untuk anda terus mara. Jadi pilihan anda yang mana..? 

Bangun.. Dan Terus Berlari..!

Bukan berapa kali kita jatuh yang penting. Tapi berapa kali kita bangkit dari kejatuhan itu yang utama. Selagi kita mahu terus bangkit dan belajar dari rasa sakit kejatuhan itu bermakna kita telah berjaya dan akan terus berjaya. 
Ingat..! kita tidak akan belajar untuk terus jadi yang lebih baik jika kita tak rasa sakitnya jatuh dan belajar kesan dan akibat dari kejatuhan itu.
Oleh itu bersyukur jika anda pernah rasa sakitnya jatuh. Pernah rasa sedih sebab sale yang merundum. Pernah rasa kecewa sebab ditolak orang. Kerana di situ merupakan titik tolak untuk anda terus bangun dan melangkah jauh jika anda ambil ibrah daripada kejatuhan itu.

Sinar Terang Sedang Menanti

Allah beri kita peluang untuk kita persiapkan diri kita, kerana Allah telah sediakan hadiah yang jauh lebih besar untuk kita. Tapi sejauh mana kita mahu terus berlari untuk mendapatkan hadiah itu adalah bergantung pada tindakan kita sendiri. 
Doa.. mengadu dan merintihlah memohon padaNya untuk terus diberikan kekuatan untuk terus bangkit menuju ke hadapan. Saya doakan yang terbaik untuk semua..!
Salam Sayang 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *