|

Cara Dan Doa Untuk Anak Degil Menjadi Cemerlang

Doa untuk anak dari ibu adalah sesuatu yang sangat bermakna. Benar menjadi seorang ibu ini adakalahnya kita kalah dan letih dengan emosi.

Namun harus kita ibu-ibu sedar yang ujian Allah kirimkan melalui anak-anak sebenarnya satu teguran untuk mendidik diri kita sendiri.

Doa dan redha ibu ayah pada anak-anak akan mencorak perjalanan kehidupan anak-anak.

Suka untuk akak kongsikan kembali satu perkongsian yang pernah akak share di laman Facebook akak, perkongsian dari Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait tentang doa dari ibu untuk anak.

Beliau pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa dari ibu jika setiap malam ibu mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang.

Doa Ibu Untuk Anak

Alhamdulillah.

Isi tulisannya seperti berikut;

Aku bersumpah demi Allah, wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah, agar Engkau tidak menghijab menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau mengangkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing.

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (…..) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا

Doanya begini:

فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم

“Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…. (sebut nama anak-anakmu satu persatu) tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”

“Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kepada mereka”

Doa Ibu Buat Anak Degil

Akak faham perasan dan emosi seorang ibu, adakalanya kita lelah dengan urusan seharian. Namun lelah bagaimana sekali pun jangan pernah lupa untuk mendoakan anak-anak kita.

Mungkin ada juga di antara ibu yang sering juga menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, sedar atau tidak yang doa seorang ibu itu tiada hijab untuk anak-anaknya. Doa seorang ibu juga adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Untuk ibu-ibu yang singgah ke blog akak, Ayuh!!! Jangan pernah lelah menghadapi anak-anakmu, jangan sesekali melabelkan anak mu degil. Jangan sesekali kau rebah dengan ujian itu. Kerana senjata paling besar ada pada dirimu.

Jangan pernah kau lelah untuk mendoakan kesejahteraan anak mu.

Jangan pernah kau letih untuk berharap dengan pertolongan Allah.

Anak-anak mu benar-benar memerlukan DOA mu wahai ibu. Kerana doamu itu tiada hijab wahai ibu.

With Love

-Akak Anak Enam-

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *