Kata-kata Motivasi
| |

Kata-kata Motivasi : 3 Rahsia Hidup Tenang dengan TerSenyuM

Bila ujian datang menimpa, hati mula rasa serba tak kena. Kadangkala kita mula menyalahkan sana dan sini. Ada juga yang mencari kata-kata motivasi bagi menguatkan diri. Ujian dalam hidup menjadi sukar atau mudah bergantung pada cara penerimaan kita sebenarnya.

Sedar atau tidak, kata-kata motivasi itu hadir dari dalam diri kita sendiri. Bagaimana kita melihat dan menerima ujian yang hadir menerpa, menjadi kayu ukur bagaimana kita bertindak dan berfikir.

Hari ni akak nak share satu tips macam mana nak hadapi ujian dengan sangat tenang dan mudah. Benar, adakalanya kita rasa tak tahu bagaimana nak hadapi ujian dan cabaran yang mendatang. Sampai waktu kita rasa stuck dan tak tahu nak buat apa-apa.

Mulalah kita minta tolong sana, minta tolong sini. Skroll kata-kata motivasi sana, kata-kata motivasi sini. Tapi tanpa sedar kadang-kadang ianya makin mudarat dan melarat.

Haa! Pernah tak uols rasa sebegini? Akak yakin pasti ada yang pernah melaluinya bukan?

Sebagai contoh dalam era ekonomi yang agak sukar kini, pasti ramai yang tersepit dan terhimpit dengan hutang. Sampai ada yang tak nampak jalan keluar nak selesaikannya bagaimana. Lagi sadis ada yang semakin memberat. Bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Suka untuk akak kongsikan formula TerSenyuM yang pernah mentor akak sharekan. Bagi akak ianya sangat amazing kerana ia akan mampu merubah cara dan sudut pandang kita pada ujian yang mendatang.

Haa nak tahu tak apa? Kalau nak tahu kenalah baca sampai habiskan? Cuba refleksi diri sejenak;

  • Kenapa selama ini banyak sangat cabaran yang tak pernah selesai?
  • Kenapa selama ini ujian yang datang bertimpa-timpa?
  • Kenapa selama ini isu yang ada tak pernah habis?


Teringat akak pada kata-kata Aagym, tentang kenapa masalah atau ujian hidup ini sukar kita lalui? Kata beliau;

“Ujian ini menjadi sukar kerana kita tidak dapat bantuan dari Allah. Sikit atau besar ujian hanya kerana tiada bantuan dari Allah. Tapi sesulit mana pun ujian, jika adanya bantuan Allah, Pasti ianya mudah dan ringan kita lalui”

Kata Aagym lagi, apa beza ujian hidup di dunia ini dengan ujian di Sekolah atau Universiti? Jawapan beliau;

“Ujian di sekolah, ujian di Universiti atau ujian nak naik pangkat dan sebagainya. Kita kena selesaikannya sendiri. Kena jawab sendiri. Kita tak boleh serahkan pada orang lain. Tak boleh serahkan orang lain untuk selesaikan.

Namun berbeza dengan ujian yang Allah berikan dalam hidup kita. Kita tak perlu pun selesaikan sebenarnya. Apa ntah lagi nak selesaikan sendiri.”

Sambung beliau lagi. ” Wahai guru ku yang bijaksana, wahai guruku yang pandai, maka gurulah yang selayak-layaknya menjawab ujian ini, menjawab soalan peperiksaan ini.”

Tak boleh bukan kita kata begitu pada guru, kita yang kena selesaikan sendiri setiap soalan yang diberikan. Tapi berbeza dengan ujian yang Allah beri.

Ujian berbentuk fitnah, hutang, ujian hidup, kesakitan, kesedihan dan apa pun kita perlu menyerahkannya kepada Allah. Bukan kita yang selesaikan, kita tak mampu. Isu yang jadi besar selamani ini kerana kita sibuk nak selesaikan sendiri. Maka serahkan lah segala ujian yang hadir dalam hidup mu pada Dia.

“Duhai Allah Yang Maha Baik, Allah Yang Maha Bijaksana, hanya Mu Ya Allah yang bisa menyelesaikan semuanya. Ya Allah, aku hamba Mu yang lemah, aku hamba Mu yang penuh dosa datang merayu Ya Rab, aku serahkan semua nya padaMu Ya Rabb”

Tertampar akak bila mendengarkan kata-kata dari Aagym ni. Ini kerana, isu besar ialah kita manusia ni sombong. Kita nak selesaikan sendiri. Sedar tak yang kita ni jahil, fakir, lemah dan hina. Allah itu Maha Kaya, tapi kita yang miskin meminta padaNya.

Maka bagaimana?

Kata-kata Motivasi : Terima

Namun, kita tak boleh serah sahaja. Kita wajib TERIMA dahulu. Kita tak boleh tolak, tak boleh lari dengan apa pun yang Allah hadirkan untuk kita.

Sedarlah selagi kita lari dari masalah, selagi kita lari dari ujian ni, selagi kita cuba nak selesaikannya sendiri. Selagi itulah tak akan selesaikan semuanya.

Apa pun ujian yang Allah berikan pada kita, ketahuilah itulah yang terbaik menurutNya untuk kita pada waktu dan ketika detik itu walaupun jika menurut logik akal kita sebaliknya.

Belajar menerima apa pun yang datang pada kita dengan hati terbuka.

Kata-kata Motivasi : Serah

Bila kita dah terima apa pun ujian yang Allah berikan dengan redha dengan seikhlas hati, maka step seterusnya ialah serahkan kembali pada yang memberi Ujian.

“Ya Allah, aku terima ujian yang Kau berikan padaku Ya Allah. Aku redha jika dengan ujian ini merupakan yang terbaik buatMu untuk ku. Kerana Kau Yang Maha Mengetahui segalanya Ya Allah. Namun ya Allah, aku serahkan semuanya kembali kepada Mu Ya Allah, kerana kau yang Maha Tahu.”

فَسَتَذۡكُرُونَ مَآ أَقُولُ لَكُمۡۚ وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Ghafir: 44)

Kata-kata Motivasi : Minta

Jangan malu meminta. Kerana Allah itu Maha Kaya, tapi kita manusia yang hina dina ini yang miskin meminta. Kita minta advice kawan, kita minta kata-kata motivasi sana sini. Kita minta pandangan dan pendapat orang sana sini.

Tapi kita lupa untuk minta pada Dia yang Maha Pemberi. Maka mintalah dengan Dia, merayulah padanya, merengeklah pada Dia. Kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita hambaNya si Pendosa.

Maka itulah formula TerSenyuM. Terima, Serah Dan Minta.

Terima apa pun ujian yang Allah hadirkan

Serah apa pun ujian yang hadirkan pada Dia pemiliknya

Minta apa pun dari Dia yang Maha Memberi.

Contoh, berapa ramai hari ini yang terbelenggu dengan hutang. Tapi hutang tak selesai malah makin bertambah kerana sibuk mahu selesaikan semuanya sendiri.

Maka bermula hari ini, terimalah semua hutang itu, serah lah semua hutang itu pada Allah dan mintalah Allah selesaikan semua hutang itu.

InsyaAllah ianya amazing.

Apa sahaja pun ujian, atau takdir yang hadir dalam hidup belajar lah untuk TERIMA, SERAH dan MINTA hanya pada DIA.

TerSenyuM lah dengan apa pun yang hadir dalam diri mu.

Boleh boleh?

With Love – Zura Betty

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *