Kenapa Community Business Shaklee Sangat Best

Diam tak diam tahun ni masuk tahun ke 12 akak bersama Shaklee. 12 tahun bukan satu tempoh yang pendek, kalau usia anak dah nak ambil UPSR dah kan. 12 tahun yang penuh warna warni. 12 tahun yang membentuk siapa akak hari ini.

Agak-agaknya apa rahsia yang boleh buat akak bertahan sampai 12 tahun bersama Shaklee ni kan? Ada yang nak tahu? Siapa yang follow blog akak dari awal tentu tahu, akak terjebak dengan Shaklee satu waktu dahulu kerena penyusuan. Dari benci bertukar cinta.

Tapi, selalukan kita dengar,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Kalau nak disenaraikan terlalu banyak sebab sebenarnya, dengan circle Shaklee ini juga banyak akak belajar tentang sepak terajang kehidupan. Tapi akak nak bercerita dengan mengunakan Akronim S.H.A.K.L.E.E

S – SAYANG

Iya, akak terlalu sayang dengan bisness ini. Bukan sahaja pada bisnes tapi pada keseluruhan Family Shaklee. Ukhwah yang diterapkan luar biasa sebenarnya. Bukan sahaja pada team akak Billionaire family, tapi sayang tu mengalir pada seluruh Shaklee Family.

Awal-awal akak terjebak dalam bisnes ni, satu yang mengikat akak adalah kerana kasih sayang. Kasihnya upline pada downline, kasihnya downline kepada upline dah kasih sesama sideline.

Tipulah jika tidak pernah rasa tersadung dalam perhubungan. Itu lumrah dalam bersahabat. Tapi yang utama jadi diri sendiri. Matematiknya mudah, lepaskan kenangan pahit. Tidak berdendam di dalam hati. Jalan terus menuju apa yang diimpi.

H – HADIAH

Shaklee adalah satu hadiah atau anugerah pada akak. Circle yang ada di dalam komuniti Shaklee ini luar biasa hebat. Terlalu banyak dapatan ilmu yang boleh dikutip sepanjang 12 tahun bersama.

Banyak sebenarnya akak bercampur dengan geng-geng bisnes di luar sana. Tapi bila mendengar cerita dan luahan mereka. Terlalu jauh bezanya dengan komuniti Shaklee. Ukhwah di antara kami bagaikan satu keluarga besar. Adatlah salah faham di sana sini. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Pasti tidak akan terasa janggal mahupun terasing bila berada di dalam circle ini. Saling mendukung saling mengangkat untuk sama-sama membawa nama Shaklee menjadi No 1 di Malaysia.

A – AKHIRAT

Selalu diingatkan untuk buat apa pun di dunia ini sebagai saham akhirat kelak. Itu yang sentiasa dipesan dalam komuniti Shaklee kami. Bukan senang tau nak ada bisnes yang seiring dan sejalan mengimbangi antara dunia dan akhirat. Tapi ini yang akak dapat bila terjebak dalam dunia Shaklee ini.

Upline akak antara insan yang banyak sebenarnya merubah diri akak. syukur sangat dipertemukan dengan beliau. Doa moga ukhwah terbina kekal sampai mati.

K – KOMITMENT

Shaklee adalah komitmen bagi akak. Anak cucu yang berada di bawah payung Billionaire Family adalah amanah yang perlu akak jaga dan belai. Kami bagaikan satu keluarga besar yang menangis dan ketawa bersama.

Doakan anak cucu akak menjadi salah seorang leader Shaklee hebat di Malaysia satu hari nanti.

L – LEGASI

Satu yang menarik ialah, Shaklee ni boleh diwarisi dan menjadi legasi pada anak cucu kelak. Ukhwah anak-anak kami juga rapat, ini memudahkan untuk mereka meneruskan legasi kami kelak. InsyaAllah.

E – ERTI HIDUP

Dengan Shaklee banyak mengajar akak tentang erti hidup. Dalam Shaklee kami bagaikan satu keluarga. Saling mengangkat dan saling mendukung untuk pastikan sama-sama capai apa yang diimpi.

Sebagai conmtoh, Projek blog ini tanda bagaimana kami walaupun dari susur galur berbeza boleh bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai misi dan visi.

Doakan projek blog kami ni sukses dan kami dapat terus berkongsi ilmu dengan ramai orang di luar sana.

Satu juga yang akak belajar dalam circle ini ialah, dalkam hidup ini tak perlu ada dengki dan iri hati sesama sendiri. Tapi teruslah pimpin tangan sesama sendiri untuk mencapai visi dan mimpi.

Lumrah hidup sesama manusia, pasti ada yang terasa. Matematiknya mudah. Belajar tingalkan ego, selagi ego di bawa bersama, sampai bila pun kita akan sulit untuk lalui jalan sempit penuh liku untuk tuju ke pelabuhan jaya kehidupan.

E – ELMU

Terlalu banyak dapatyan ilmu akak dapat dalam circle ini. Bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu untuk ke alam akhirat. Dengan Circle Shaklee ini juga mematangkan emosi dalam menjaga ukhwah dari kelompok manusia yang pelbagai ragam dan kerenah. Perbezaan bukanlah menjadi penjarak tapi perbezaan menjadi titik tolak dalam melengkapi ukhwah sesama kita.

Uols kat luar sana, yang sedang mencari circle seperti yang akak kongsikan di atas ni, tungguh apa lagi? Marilah bersama kami memenuhi tuntutan emosi bukan sahaja dunia malah untuk akhirat jua.

Biiznillah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *