KidZania Malaysia..!
Assalamualaikum Mommy Comel semua.., erm hari ni baru ada kelapangan nak bercerita tentang trip kami se family ke Kuala Lmpur cuti sekolah baru-baru nie. Plan percutian yang tak berapa nak dirancang. Tetiba suh en Suami amik cuti, cakap nak gi bejalan. Hahahahaa.. Nie laa akibatnya kalau dah strees bekerja.
Erm banyak juga tempat yang kita orang g, Aquaria, Firefly Village, n yang paling best n saya nak kongsi adalah KIDZANIA. Ramai yang tak tahu tentang tempat nie sebenarnya.. Meh i nak story cikit.
Kidzania Damansara |
Cantik n Happening |
Kidzania nie sebenarnya sebuah bandar kecil yang di cipta khas untuk kanak-kanak. Di situ merekalah yang akan menjadi Polis, Peguam, Posmen, Doktor, Juruterbang, dan macam lagi lah. Kidzania nie asalnya adalah dari Mexico diwujudkan dalam tahun 1996 oleh Xavier Lopez (uppss..! bukan Jeniffer Lopez ok) bertujuan untuk memberikan keseronokan kepada kanak dan merasakan sendiri pengalan sebenar. Kat sini dorang juga boleh belajar atau dapat kan perkhidmatan example nak attend art class, driving class, or nak belajar tentang apa2 la. Bila bekerja mereka akan di bayar gaji, bil mereka perlukan perkhidmatan atau mahu attand satu satu class mereka perlu bayar. Macam kehidupan sebenar kita di dunia realiti.
Excited dengan cheque dia |
Welcome Sir..!! |
Urbano House |
Fokus utama adalah untuk kanak-kanak di antara 4-14 tahun. Erm actually i rasa umur 5-6 tahun baru sesuai laa nak join. Mereka boleh memilih antara 90 aktiviti pekerjaan atau perkhidmatan dari 60 syarikat. Bagi Baby atau yang sebaya dengan Fayyadh dorang ada ruang khusus di tingkat Mezzanine yang di panggil “Urbano House”.
GPS Keerrrr..?? |
Di Kidzania nie, mereka mempunyai matawang sendiri yang di panggil Kidzos, so kalau dorang memerlukan perkhidmatan atau ingin membeli sesuatu di dalam dunia Kidzania mereka, maka mereka memerlukan Kidzos nie. Yang bestnya, kita boleh bukak kan account CIMB untuk menempatkan KIdzos dorang nie. Tapi duit mereka tu hanya laku di Kidzania je laa ye. 🙂
Ecehhh..! Berlakon Konon |
Satu yang saya suka tentang kidzania ini ialah dia mengajar anak-anak untukbersifat lagi Independence, segala kemahuan, keperluan dan kehendak mereka ditentukan oleh mereka. Senag cakap keputusan semua ditangan mereka. Jangan risau kerana setiap anak-anak dan ibu bapa yang ada di dalam Kidzania ni akan dibekalkan dengan gelang tangan yang berfungsi ala-ala GPS.
Di dunia kidzania, wang tidak boleh dibeli, jika anak-anak ingin kan sesuatu maka dia perlu bekerja untuk mendapatkan kidzos bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka mahu. Seronok n saya yang over excited. huhuhuhu
Kidzo..! Kayo Kayo..!! |
Actually tiket kitaorg masa tu sepatutnya ses pagi (kalau pergi weekend ada dua sesi) pukul 10-3.30, tp oleh sebab sampai kat situ pun dah dekat 11.30, saya jumpa anager dia n mintak tukar ke sesi petang. ehehehe patutnya tak boleh, tapi mayb dah rezeki kami, dengan murah hatinya manager dia tukar time tiket kami ke waktu petang. Jasamu ku kenang.., cewahhh.. so seawal pukul 3.30 dah terpacak laa menungu.
Amik masa hampir 15-20 minit juga laa nak masuk ke dalam Kidzania tu. Erm memula dorang akan bg satu cek bernilai 50 Kidzo then dorang kene g bank n tukar cek tu kepada duit. Selepas tu bermula la kehidupan mereka kat dalam tu.
One Happy Family..! muahhhhh |
Tapi kalau mommy nak g bawa anak-anak saya advice kalau boleh jangan pergi waktu cuti sekolah atau waktu hujung minggu. Sebab terlalu ramai orang, n anak-anak mengambil masa yang agak lama untuk beratur dapat kan giliran untuk mereka mencuba satu-satu pekerjaan tu. Dari segi kelengkapan semua cukup kat dalam tu, toile, surau, baby room, tempat makan, tempat shoping semua ada laaa.. Apa pun memang syok n pasti saya akan bawa lagi anak-anak ke sana jika ada kelapangan InsyaAllah.
Salam Sayang
Mommy Zura