Hamil 4 Minggu dah ya Mommy? Sekejap sahaja masa berlalu kan. Hamil 4 minggu Mommy sepatutnya dah pun buat pemeriksaan ujian kehamilan tau. Bagi yang belum, cepat-cepat buat ok. Ok jom kita semak keadaan baby semasa hamil 4 minggu ini.
Saiz Baby Sebesar Biji Popi?
Masa ni sel yang terbentuk dalam perut Mommy dikenali sebagai Zigot. Besar baby masa ni lebih kurang sebesar
Biji Popi. Terdapat tiga lapisan yang akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagain bawah sisi kepala ada dua lipatan tisu yang akan jadi telinga baby.
Organ Baby Mula Terbentuk Tau Mommy!
Waktu ni tiub saraf dari mana otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan tumbuh. ianya terbentuk di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga pula mula menempatkan paru-paru, usus dan permulaan sisten urinari.
Versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat yang salurkan makanan dan oksigen pada baby juga dah mula berfungsi tau Mommy.
Ujian Kehamilan Di Rumah
Jika Mommy belum lagi buat ujian kehamilan, Mommy boleh buatnya sekarang di rumah. Jika ujian kami memberi respon positif, Mommy dah boleh mula buat temujanji dengan Doktor. Mommy jangan ambil mudah ya pemeriksaan antenatal.
Ianya penting bagi memastikan baby dan Mommy sentiasa sihat sepanjang kehamilan.