Feedback & Review Project Blogmegashaklee 1.0
Projek Blog Mega Shaklee antara yang menjadi asbab akak semakin semangat nak berblog kembali. Bila upline akak Master Norita bagi tahu nak hidupkan kembali aura berblog dengan Projek Blog Mega Shaklee dalam team kami. Dia semacam satu sinar kembali menjelma. Gituew!
Actually awal bulan Januari tu memang dah tergerak hati nak menulis kembali, mula lah dok riki sana sini mencari siapalah “mangsa” yang boleh tolong akak recover balik blog akak dulu. Ingat nak dapatkan balik blog lama tu. Tapi tak dapat, apapun syukur adalah tu aturan Allah.
Nak dijadikan cerita, masa Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni bermula, akak masih lagi tak dapat blog akak tu. Aduhh pedihnya hati rasa. Tapi ianya tak melenturkan semangat untuk terus berbloging ni.
Awal penglibatan akak dengan Shaklee sebenarnya memang melalui blog. Register membership 27 Oktober 2011, tapi blog akak untuk shaklee tu wujud 26 Oktober 2011.
Nampak tak semangatnya tu mamcam mana. Blog juga antara penyumbang perjalanan akak bersama Shaklee dari Distributor menjadi Master Coordinator dalam masa 13 bulan.
Melalui blog tulah akak bertemu dengan ramai orang sampai ada di antara mereka yang dah jadi Business Leader dalam team akak sekarang ni.
Bila Kak N cakap nak hidupkan kembali budaya membloging dalam team kami, sebenarnya akak amat-amat teruja. Dalam masa yang sama ianya membentuk kembali budaya membaca dan menulis dalam Shaklee Family ni.
Sedar atau tidak di Malaysia ni kita masih kurang sumber rujukan dalam bahasa Melayu. Siapa tahu dengan projek blog ni boleh sama-sama berkongsi ilmu dan pandangan tentang satu-satu topik tu.
Bila Projek Blog Mega Shaklee ni dilancarkan banyak sangat manfaat akak nampak, dulu fenomena menyusukan bayi boleh dikatakan kami antara yang menyumbang pada kesedaran pada penyusuan susu ibu pada ibu-ibu muda waktu itu melalui penulisan blog.
Waktu tu Shaklee terlalu sinonim dengan penyusuan. Sampai ada yang fikir Shaklee ini memang vitamin untuk ibu menyusu sahaja pada waktu itu.
Bila buat dalam jemaah ni, semangat pun luar biasa. Maklumlah kita sama-sama ada misi untuk siapkan task yang diberikan oleh Coordinator Projek Blog Mega Shaklee ini. Bila buat dalam team, semangat tu kan lain macam sikit. Lebih berkobar-kobar gituew!
Lagi best tak sabar nak baca juga coretan kawan-kawan yang lain.
Projek Blog Mega Shaklee ini juga sebenarnya membantu untuk meletakan nama Shaklee sebagai produk kesihatan No 1 Di Malaysia lebih utuh. Ini kerana, pengunaan google untuk mencari data dan info masih lagi relevan sampai ke hari ini. Dan sudah pasti link-link blog kesihatan yang aktif berkongsi akan menjadi tempat rujukan dan sekaligus menaikkan kembali nama Shaklee di kalangan penguna di Malaysia.
Penulisan di blog melalui Projek ini juga akan menjadi satu fenomena baru bila ramai SID yang berpengalamn lebih 10 tahun kembali beraksi dan berkongsi ilmu melalui penulisan-penulisan mereka.
10 tahun bukan satu jangka masa yang singkat untuk bercerita tentang ilmu dan pengalaman. Sudah semestinya perkongsian dari leader-leader hebat ini akan menjadi platform rujukan untuk generasi baru yang mula nak mengenali Shaklee.
InsyaAllah dengan Projek Blog Mega Shaklee ini akan menjadi satu fenomena baru dan membawa gelombang baru untuk sama-sama berkongsi ilmu tentang kesihatan, pemakanan dan membuka peluang perniagaan pada ramai wanita di luar sana.
InsyaAllah.
InshaAllah
Tq dear
A motivating discussion is worth comment. I believe that you ought to write more on this topic, it may not be a taboo matter but generally people do not talk about such issues. To the next! All the best!!