Apa khabar semua..? Moga semua baik-baik aja.. Ermm hari ni nak share satu resepi laa. Yelah cuti sekolah kan dah nak dekat. Anak-anak bila dok rumah je sure nak mengunyah macam-macam kan. Hari ni Mommy nak share Resepi Puding Custard Berkuah Mealshake. Haa nak jugak Mealshake tu kan. Ye lah. Kene laa bagi anak-anak makanan yang berkhasiat kan.
Puding custard berkuah ni sure menjadi kesukaan anak-anak. Bukan kata anak-anak je suka Puding Custard berkuah ni.. Mak budak pun layannnn. Meh tengok resepi Puding Castard Berkuah Mealshake versi saya. 🙂
Puding Custard berkuah ni amatlah mudah membuatnya. Jom Cek bahan-bahannya :
|
Makan tengah-tengah Panas Syokk Wooo..! |
Bahan-bahan Untuk Puding Castard
1 Cawan Tepung Castard (I suka guna jenama Bird ‘s Castard)
5 Cawan Air
2 Sudu Besar Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Garam
|
Part nie kena banyak bersabar..! Phewww |
Bahan-Bahan Untuk Kuah
1 Tin Susu Cair (Susu Ideal Pilihan Saya)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Cawan Air
1 Tin Cocktail
Cara Membuat Puding
- Masukan Tepung Castard, Air, Susu pekat dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga adunan sebati
- Kemudian panaskan atas kuali. Chop…! Jangan kacau tepung+air terus atas api tau. Nanti dia bergentel-gentel dan tak cantik teksturnya.
- Kacau Sehingga pekat likat dan berkilat.. hahahaha. Agak-agak dah pekat n ringan semasa mengaul tu dah boleh tutup api.
- Masukan dalam acuan mengikut citarasa anak. Hahahaha. Then sejukan di dalam peti ais.
|
Milkyyy..! |
Cara Membuat Kuah
- Campurkan Susu Cair, Susu Pekat dan air.
- Didihkan di atas api sehingga mendidih.
- Tunggu sejuk kemudian masukan dua sudu besar Mealshake kacau sehingga sebati. Kemudian Sejukan di dalam Peti Sejuk.
- Hidangkan Puding bersama kuah dan cocktail. Saya tak masukan sekali air Coaktail tu kerana ia akan merubah rasa kuah tersebut. Tak fresh. Hahahaha
|
Adam yang beli sendiri bekas ni…! |
Serius sedap uols tak rugi mencuba..! Selamat mencuba.. 🙂 Oh ye kalau tak tahu bagaimana nak dapatkan Mealshake boleh klik di bawah ini 🙂 Selain anak-anak happy mereka turut mendapat sesuatu yang berkhasiat
Nak try la utk anak. Tq for resepi
Cuba-cuba.. Jangan tak cuba 🙂
wah, baru je buat minggu lepas..tp x letak mealshake…knp la tak terfikir..huhu…..nway good sharing..mmg ank2 n suami suka sgt makan….
lepas ni buat try letak mealshake.. Yummy..!!