Sambutan Hari Raya Open House Berpisah Tiada
Sambutan Hari Raya Open House berpisah tiada untuk rakyat Malaysia. Sampai hari ini, jemputan untuk open house masih aktif diterima di sana-sini. Haa uols buat open house tak tahun ni? Akak seperti biasalah, rumah open sentiasa. Siapa yang sudi jempiutlah berkunjung mesra.
Tahun ni seperti tahun-tahun sebelum ni,. Pagi raya kami sekeluarga di sambut meriah di kampung suami di Felda Tunggal Kota Tinggi. Ya masuk 17 tahun usia perkahwinan, pagi raya akak memang di rumah ibu mertua.
Seronoknya sebab Ummie akak sama-sama beraya bersama kami sekeluarga. Jadi tak adalah isu beraya di mana dahulu. Senangkan.
Persiapan sambutan raya tahun ni sebenarnya agak awal jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Sebelum ni kami memang selalu last minit. Masa tulah nak cari kuih, masa tulah nak cari baju raya masa tulah semua nak disediakan.
Semput ok? Kalau ingat balik pengalaman raya terkejut tahun 2022 lagi lah haru sebenarnya. Tapi ianya tetap menjadi lipatan sejarah paling indah buat kami sekeluarga.
Raya kedua beraya di Pontian kampung ibu dan ayah mertua. Santuni Pak Cik Mak Cik yang semakin berusia. Ni lah masanya nak berkumpul dan bersilaturahim sebenarnya. Masa ni semua pun ambil peluang untuk pulang ke kampung menyantui sanak saudara.
Masa ni juga nak kenalkan anak-anak pada saudara mara terdekat. Tak delah nanti esok-esok pak cik mak cik pun tak kenal ye tak. Bila dah nama rayakan, juadah yang terhidang pun pelbagai. Taak kan nak tengoik sahaja ye tak?”
Walaupun sibuk hari raya open house sana sini, pengambilan supplement tak pernah sekali akak abaikan tau. Tetaplah usung beg supplement tu ke sana dan ke mari.
Oh ya, cuaca sekarang ni kan semakin panas, makanya pengambilan PErformance Drink untuk anak-anak tu wajiblah bagi akak. Tak ketinggalan juga Nutriferon dan Vitamin C bagi memastikan imunisasi badan ana-anak berada pada tahap terbaik.
Beraya-beraya juga kan, tapi kesihatan dan pemakanan tetaplah perlu dititik beratkan juga.
Raya Keempat kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat bagi meyantuni keluarga di sebelah akak pula. # malam kami beraya di Batu Pahat. Bertemu sepupu, mak cik dan anak buah di sana. Teringat kenangan membesar di Batu Pahat kurang lebih 2 tahun.
Terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan. Apa pun akak bersyukur sangat keranan di kelilingi ahli keluarga yang hidup penuh dengan kasih sayang.
Oh ya, raya tahun ni juga akak sambut hari kelahiran yang ke 40 tahun. Fuhh! 40 tahun dah Allah pinjamkan nyawa. Cukupkah berbakti pada dunia?
Moga diusia yang semakin senja, Allah pelihara akhlak dan peribadi akak menjadi wanita solehah dan inspirasi pada ramai wanita lain di luar sana.
Sekali lagi akak ambil kesempatan ini untuk mohon ampun dan maaf andai ada di antara kalian yang pernah terasa mahupun terguris hati dengan perlakuan ataupun perbuatan akak.
Moga pabila bertemu pencipta kelak tiada diantara kita yang muflis nanti.
Terima kasih atas ucapan yang bertalu-talu dari malam tadi, kiriman hadiah dan doa dari kalian semua. Terima kasih juga untuk suami, anak-anak, ibu, ipar duai yang buat suprise dan kiriman hadiah yang berjaya buat akak terharu.
Terima kasih untuk Cinta dan kasih sayang, moga Allah pelihara ukhwah yang terbina selamanya. Akak juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua. Jemputlah datang kerumah ber Hari Raya Open House. InsyaAllah
#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #SahurSimpleZatPadu #ProjekDuitRaya
JOM HUBUNGI AKAK CUN SEKARANG!
www.wasap.my/60127894742/bisnesshaklee
Fb: Zura Betty
TIKTOK: Zura Betty
Instagram: Zura Betty
WEB: naluriibu.net
Ikon Wanita Bahagia & Berjaya
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.
MODAL SERENDAH RM35.
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin Kak Zura