Hello New You Shaklee Untuk kurus
| |

Set Hello New You Untuk Mereka Yang Nak Kurus

Nak kurus sudah tentu menjadi idaman para wanita terutama ibu-ibu. Untuk kembali kurus pilihan akak tentunya dengan Set Hello New You. Set Hello New You adalah pilihan bijak dan tepat untuk para ibu yang ingin kembali kurus.

Meh akak nak share apa yang bestnya Set Hello New You ni? Ada banyak pilihan set kurus Shaklee antaranya yang paling menjadi pilihan ramai tentunya Set Hello New You.

Ramai yang tak percaya sebelum ni kalau kata akak pernah gemuk. Huhh! Berat pernah naik mencecah 62kg. Berat ni sebenarnya dah macam berat masa akak mengandungkan anak ke dua 14 tahun dahulu. Tapi masa ni masih tak rasa gemuk ok. Masih rasa ok dan masih rasa cun. Confidentnya kamu.

En suami tegur badan makin berisi still relax, anak tanya mama pregnant lagi ke still relax.

Sampai lah satu hari tu suruh En suami ambilkan gambar, lepas dia ambil tu tak puas hati sebab apesal penuh camera dengan muka dan badan kita semata.

Suruh dia tukar angel, eh makin penuh pulak screen phone kita dengan muka selambak badan berlemak-lemak. Ayat dia paling deep

” Eh ni lah realiti, ayang yang tak boleh terima kenapa? Abang tegur tak dengar kan?”

Huaaaa! Masa tu insaf teruk ok. Masa tu juga paksa diri jaga makan, dan masa tu juga mula menjinak-jinakan diri dengan Intermittent Fasting. Akak sebenarnya sebelum ni bukan lah sejenis yang mudah naik berat. Makan lah banyak mana, tetap maintain je berat tu, paling berat pun rasanya dalam 55kg.

Set Hello New You untuk kekal kurus
Kus Semangat! Muka Penuh Screen Wei

Semua bermula dari PKP. tapi bukan lah salah PKP pun sebenarnya, tapi salah diri sendiri yang kurang bergerak tapi makannya banyak. Masa tu lah mula sedar dan paksa diri ber N.E.W.Y.O.U dengan Set Kurus Shaklee. Haa ok meh nak stiry apalah bestnya Set Kurus New You Shaklee ni?

N – Niat

Nak kurus ni sebenarnya tak susah pun, yang utama adalah Niat. Apa niat sebenarnya U nak kurus? Apa yang mendorong  U nak kurus? Kalau lah kata nak kurus sebelum raya kan? Apa yang menyebabkan U nak sangat kurus?

Jelaskan dulu pada diri sendiri apa niat U? Bila niat jelas insyaAllah mudah matlamat itu hendak di capai.

Sebagai contohlah akak share sikit, apa yang mendorong akak sedar dari lamunan yang menyebabkan akak beriya sangat nak kurus sebenarnya?

Puncanya bermula apabila akak diserang covid! Prolong batuk dan kerap sangat sakit dada menyerang di tengah malam. Waktu tu pula dihantui dengan berita kematian kawan-kawan terdekat akibat serangan jantung. Ditambah history keluarga yang ada penyakit tersebut. Scary oi!

Ahh sudah! Maka atas kesedaran tersebut akak mulalah terjebak dengan gym dan pengurusan diet! Cuba diet, tapi untuk pecinta makanan macam akak ni tak mudah ok! Semua benda yang dipandang menyelerakan.

Fuhh! Alhamdulillah tak ambil masa yang lama nak dapat berat macam ni

Sampai lah Shaklee buat program Intermitten Fasting. Masa tu masih lagi skeptikal!

Apoo nak puasa sekerat-sekerat ni. Nak puasa, puasa je lah terus! Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.

Mula belajar dan mula faham. Oh begini rupanya. Cut story short! Alhamdulillah, tak sampai sebulan berat turun dengan sangat mudah. Lagi best jarang sangat dah sakit dada tu menyerang.

Sebenarnya cantik itu credit, tapi sihat lebih utama dalam mengurus berat badan ni. Tapi kalau boleh dapat dua-dua kenapa kena memilih ye tak? So Uols yang nak sangat kurus menjelang raya ni, cer pasakan bebetul niat dalam diri ni. Cari sebab yang akan mendorong uols kejar misi tu.

E – Environment

Yes environment atau persekitaran sebenarnya memainkan peranan besar dalam proses nak dapatkan berat badan ideal ni. Iyalah kan, baru “Niat” pagi ni nak makan pukul 2 petang nanti, sekali ibu kat dapur jerit

“Zura, Ummie dah goreng nasi tu, turun makan cepat. Sejuk nanti” Huaaa, kalau tak turun derhaka kalau turun merana. Macam mana ni? Hahahaha

Tu tak masuk lagi kawan-kawan sekeliling jenis set ada saka, makan bagai nak rak, badan melidi je. Dah kalau kita keluar dengan dorang tak akan nak pandang je ye tak makanan yang terhidang. Meleleh oi ayaq liuq.

Sebab tu, persekitaran kita memainkan peranan besar dalam nak memastikan misi kita untuk kembali langsing ni berjaya ok. Maka sebab tu akak buka group khas untuk support uols yang nak kembali langsing.

Join group tu percuma je ok, cuma kalau nak dapatkan sentuhan exclusive dari akak adalah maharnya. Alaa yang ni kalau nak tahu lelebih Whatsapp je akak ok. Kita bincang sampai jadi.

Kalau uols nak join group akak tu pun dialu-alukan, Klik je group Intermittent Fasting Malaysia For Beginner ok.

W – What?

Meh akak nak share apa yang ada sebenarnya dalam Set New You Shaklee ni? Set New You Shaklee ni terdiri dari 4 item utama iaitu Cinch Chocolate, Omega Guard, Herb Lax dan juga Lecithin.

Set Hello New You Set Kurus Shaklee

Cinch Choc

Ianya merupakan makanan yang membekalkan tenaga segera yang kaya dengan protein dan kalsium. Ia juga mengandungi serat yang tinggiu iaitu 6gm setiap sajian. Dan yang paling best ialah Cinch ni merupakan makanan tanpa kolestrol ok.

Omega Guard

Omega Guard pula membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

Herb-Lax

Yang ni memang powerful dan item wajib ada kat rumah akak. Ianya digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus. syok betul lah yang ni, sekali dia keluar perghhh. Legaaa!

Lecithin

Lecithin ni dikenali sebagai pengemulsi semula jadi. Yang berfungsi juga untuk menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin ditukar menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat juga menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga

Nak tahu lebih lanjut dan lebih santai roger akak ok. Nanti akak terangkan bagi mudah faham.

Y – You!

Yes, nak kurus ni sebenarnya apa pun berbalik pada diri YOU, yes YOU yang tengah membaca ni. Apa pun yang kita lakukan adalahj menjadi tanggungjkawab dan dipertanggungjawab kan pada diri kita bukan.

Berjaya atau gagal kita mencapai misi yang kita inginkan semuanya berbalik pada diri kita sendiri. Kalau sungguh-sungguh nak kurus, tekadkan niat dan matlamat, sungguh berusaha untuk capai impian itu.

O – Onak Duri

Ujian dan cabaran dalam kita mengejar impian dan cita-cita pasti ada. Ya kita tak boleh lari. Terkadangkan Allah datangkan ujian dalam kita mahu mengejar impian. Ujian sebenarnya tanda kita sabar atau pun tidak, nak teruskan atau mengalah? Rasa ok jelah gemuk ni atau fight sampai dapat berat idaman?

Maka sabar dan terus bertindak merupakan kunci untuk capai apa yang diimpi. Jangan perkecilkan support dari kawan-kawan yang menghulur tangan mahu membantu. Akak doakan misi uols yang nak kurus sebelum raya ni tercapai dengan sangat mudah.

InysyaAllah.

U – Usah bertangguh

Makanya nak tunggu apa lagi? Uols yang singgah ke blog akak ni pasti ada misi untuk kurus bukan? Maka nak tunggu apa lagi, inilah masanya. Muilakan tindakan sekarang juga. Klik aja link di bawah ni, akak berbesar hati nak bantu uols  capai impian untuk kembali langsing itu.

Akak dah bantu beribu orang melalui Projek Cerita Detox dan sekarang sedang bergiat aktif pula membantu ramai orang di luar sana termasuk awak yang sedang membaca ini untuk capat berat ideal melalui Program Intermittent Fasting Malaysia For Beginner.

Jom! Bertindak sekarang!

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #SahurSimpleZatPadu #ProjekDuitRaya

JOM HUBUNGI AKAK CUN SEKARANG!

www.wasap.my/60127894742/bisnesshaklee

Fb: https://www.facebook.com/ZuraBetty

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@zurabetty

Instagram: https://instagram.com/zura_betty

WEB: naluriibu.net

Ikon Wanita Bahagia & Berjaya

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM35.

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *