Susu Badan

Susu Badan..! Saya memang terlalu obses dengan susu badan. Penyusuan susu badan adalah kepakaran saya dan saya amat-amat menyanjung tinggi ibu-ibu yang sangup berikan susu badan kepada permata hati mereka. Saya memang yakin bahawa susu badan adalah makanan terbaik untuk anak-anak, dan kerana itu saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada tentang penyusuan dengan semua ibu-ibu bagi memastikan semua bayi comel mendapat hak mereka yang sepatutnya.

Saya bukanlah PC dan sebagainya, tapi pengalaman saya memberi susu badan kepada keempat-empat bayi saya InsyaAllah boleh saya kongsikan dan di jadikan sedikit panduan bagi ibu2 muda yang merancang untuk menyusukan bayi mereka. InsyaAllah 


Bagi ibu-ibu yang merancang untuk menyusukan bayi mereka.. antara perkara yang perlu dari awal usia
kandungan ialah;

Pasang Niat Seawal Bayi Di Dalam Kandungan

Mommy sekalian.. Sila PASANG NIAT dari awal kandungan lagi.., tanam dalam hati dan fikiran yang kita mahu menyusukan bayi kita sehingga cukup umurnya (2tahun). Setiap apa yang kita lakukan pastinya dengan niat bukan.., InsyaAllah hanya dengan niat sudah tertulis pahala untuk kita. Bayangkan dalam minda, kita mula menyusukan bayi kita dari awal kelahirannya. Set kan difikiran, anak itu bijak dan terus sahaja mahu menyusu sebaik sahaja di lahirkan. Alhamdulillah.. keempat empat anak saya memang tidak mempunyai maslah untuk menyusu sedari dari hari pertama kelahiran mereka. Walaupun untuk Adam, awal tu hanya cecair pekat jernih yang keluar.., saya tetap hanya suapkan kepadanya.. Dan Alhamdulillah ianya berjaya, Masuk hari kelima baru susu saya betul-betul keluar. Tapi saya yakin bahawa bayi yang lahir perutnya hanya sebesar sudu dan cukup serta memadai apa yang ada untuknya.. Dan yakin lah bahawa Allah akan permudahkan niat murni kita untuk memberikan yg terbaik untuk anak kita.

Sokongan Suami Memainkan Peranan pada Ibu Menyusu

Carilah Ilmu Penyusuan Semaksima Mugkin

Jika sudah mempunyai niat, insyaAllah kita akan terdorong untuk TAMBAH ILMU mengenai penyusuan susu badan agar kita bersedia untuk segala kemungkinan. Saya pada awalnya dahulu memang memaksa diri untuk mencari info dari luar. Kerana pada waktu itu saya rasakan kurang pendedahan seperti akhir2 ini tentang info dan tips penyusuan. Syukur sekarang banyak dah info yang boleh kita dapat dari local web  dan sebagainya.. Berbalik kepada menimba ilmu tadi, Saya lebih suka baca pengalaman mommies yg Breastfeeding sendiri, kerana ianya lagi realistik… Kita perlu tahu KENAPA..?? kita mahu berikan susu badan kepada bayi kita, apakah ASAS PENYUSUAN, macam mana posisi semasa menyusu, macam mana nak elakkan/rawat nipple crack, bagaimana cara penyimpanan stok, bagaimana nak menguruskannya dan sebagainya.. 

Memang terlalu banyak yang perlu dipelajari and believe me, even after baby’s birth, kita akan terus dig for more info sbb pasti ada jer benda yg kita tak tahu terutama bagi yang pertamakali mahu menyusukna bayi mereka… Apatah lagi, bila susu kita tak berapa produktif dan ada suara-suara sumbang di sekeliling yang sibuk suruh bagi susu formula kat baby kita… Kita kena kuat!! Kita kan dah jadi mak.. KITA PUNYA HAK PENUH TERHADAP ANAK KITA… Bukan mak kita atau mak mertua kita, nenek kita… kalau ada suami yang konon-kononnya kesian kat isteri, nangis-nangis masa menyusukan anak sebab tahan sakit, make him understand that you’re willing to go through all the pain for your child and tell him to give you one thing, that is SUPPORT!! you don’t need him to pity you. You need all the support especially from him… Alhamdulillah,Suami saya yang dahulunya tak berapa nak support breastfeeding ni akhirnya faham dan siap educate kawan-kawan lelaki beliau yang bakal menimang cahaya mata untuk suruh isteri mereka susu kan baby. 

Pengalaman Pertama Mengajar Segala

Masa saya mengandungkan Amsyar.. Saya memang telah niat nak susukannya sepenuhnya. Walaupun apada awalnya bila saya suarakan pada EN Suami dia kata boleh ke..? Dan macam-macam kebarangkalian yang dia berikan kepada saya. Sampai dah nak dekat bersalin saya masih ingat. Ni nak belikan baby susu apa nie..? Huhhh.. Punyalah dia tak yakin dengan impian saya. Pengalaman pertama memberi anak saya susu badan memang tak mungkin boleh saya lupakan. 


Masa tu saya memang mencari ilmu.. Tapi kesilapan saya tak menyediakan persediaan secara cukup dari aspek Physical. Saya jangkakan ianya terlalu mudah.. Yelah kan.. Suapkan aje lah kat mulut baby tu.. Apa susah sangat. Kalau dah lapar sure dia ngap je kan.. Hahahhahaha. Tapi apa yang di jangkakan tidak sebegitu rupanya. Alhamdulillah.. Masa sebaik sahaja baby lahir memang terus ada susu dan hisapan pertama masih segar dalam ingatan saya hingga ke hari ini.

Tapi lain halnya timbul selepas pulang dari rumah. Saya mengalami bengkak susu yang agak teruk. Sampai hampir demam.. Masa tu dah laa tak prepare and ready apa.. Saya terpaksa paksa  En Suami carikan Pum. Kalau siapa pernah baca kisah saya dahulu. Sure tahu Pum apa yang suami saya belikan. Dan percaya atau tidak.. Saya berjaya menyusuakan Amsyar dahulu hanya dengan menggunakan Pum tersebut. Nak seribu daya… mahu seribu cara bukan. Alhamdulillah..

Tips Buat Mommy Jelita

  1. Pastikan Mommy makan, makanan yang berkhasiat. Ini perlu buat tak kira masa pregnant ke tak pregnant ke. Terutama bila kita menyusukan bayi.., Dinasihatkan untuk mommy dapatkan nutrient yang secukupnya. Untuk pastikan baby juga dapat nutrient yang cukup dari susu mommy. Air adalah satu benda yang tak boleh diambil mudah. Pastikan Mommy ambil sekurang-kurang 3 liter sehari air putih. Jangan Skip ok..! Masa awal dahulu.. saya tak kenal lagi supplement dan sebagainya.. So saya memang dok google nak dapat kan tips dan petua. Milk Booster saya dahulu ialah Kurma Cina + Longan Kering yang direbus bersama sedikit gula batu. Ermm tu minum saje pun sedap dah. Boleh buat hilang panas badan juga. B/agi ibu yang bekerjaya yang terpaksa buat stok sepertiu saya dahulu. Milk Booster bagi saya sangat penting.  Satu lagi.. emosi ibu juga perlu dijaga. Keranan emosi ibu juga memainkan peranan dalam penghasilan susu badan. Kalau mood swing kelaut.. sure susu pun drop. Tu saya laaa.. ehehehehe. So bapa-bapa gojes.. sila pastikan mood isteri anda dalam keadaan bahagia selalu.. aummmmm
  2. Alhamdulillah.. Saya tiada maslah dengan nipple.., di mana ada sesetengah ibu yang gagal menyusukan bayi kerana ada maslah dengan puting susu yang menyebabkan baby susah nak latched. Kalau mommy ada maslah seperti ini.. Cuba urut dan rangsang nipple setiap kali sewaktu mandi atau selepas mandi. InsyaAllah ianya membantu. Ermm Pump yang kerap juga membantu untuk mengatasi maslah ini. Tapi mommy-mommy harus tahu ye.. Baby bukan menghisap di puting.. tapi sebenarnya di kawasan areola.  
  3. Dan yang utama sebenarnya sudah tentulah DOA yang berterusan. Selalu doa di dalam Solat.., minta suami doakan sama. Sebut selalu.. bayangkan selalu yang kita mampu menyusukan bayi kita. Jangan suka fikir yang bukan-bukan. Kuat kan semangat.. Tanamkan azam. Persoanlly.., saya sendiri kagum dengan diri saya yang mampu menyusukan keempat-empat permata hati. Alhamdulillah. Walaupun dahulu saya bekerja sepenuh masa. Semua itu bukan halangan untuk saya memberikan anak-anak saya susu badan. Jika dahulu saya fokus pada cakap-cakap orang.., pada kecaman sekeliling, pada dakyah karut yang ntah apa-apa. Sure saya down. Tapi berkat doa dan keyakinan yang sangat kuat.. Alhamdulillah semua dipermudahkan. 
So mommy-mommy comel di luar sana. Jika di saat mommy membaca entry ini, memang telah memasang niat untuk menyusukan baby mommy nanti. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Saya doakan semoga mommy terus kuat. Terus perkasakan diri, emosi dan mental bagi menghadapi hari-hari indah untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang bakal disusu kan kelak. Kalau ada mommy-mommy yang nak tambah komen atau berikan pendapat.. Sangat-sangat dialu-alukan.. Disamping sama-sama dapat tambah “saham” untuk kita dari setiap titisan air susu ibu itu. InsyaAllah..

    012-7894742

    Similar Posts

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *