Tips Berbisnes MLM

Rahsia kejayaan dalam dunia MLM. MLM merupakan satu perniagaan yang amat digeruni pada satu waktu dahulu. Mlm sebenarnya tidak salah yang salah adalah sikap dan tamak haloba manusia. Di sini saya kongsikan beberapa Tips berjaya dalam MLM.

Buat Yang Betul


Jika terpanggil mahu menjalankan bisnes yang berkonsepkan MLM kunci yang utama ialah BUAT YANG BETUL. Apa yang dimaksudkan dengan ” Buat Yang Betul” ini?
Di sini ianya menerangkan tentang cara kita memilih syarikat yang betul. Bukan memilih syarikat-syarikat palsu atau memilih syarikat yang plan pemasarannya berkiblatkan kepada SKIM CEPAT KAYA, skim dua kaki (binary) dan matriks.
Syarikat yang dipilih pelru kukuh dan ada visi dan misi yang jelas. Kita sebenarnya yang berhak untuk menentukan samaada syarikat itu betul, pelan pemasaramnya betul, dan yang utama produknya yang betul dan terjamin bagi memastikan ianya dapat kita jadikan sebagai mata pencarian alternatif.
Banyak yang hanyut dengan MLM apabila memilih syarikat yang silap, syarikat yang hanya menawarkan skim pembelian sekali sahaja produk dan akhirnya terkubur begitu sahaja.
Kebanyakan syarikat seperti ini bergantung kepada kemasukan ahli baru sahaja. Atau dengan bahasa mudahnya mereka sering mengamalkan kosep piramid. Syarikat MLM yang betul ialah syarikat yang pendapatannya bergantung kepada pergerakan produk setiap bulan dan ahlinya kekal efektif.
Lumrah masyarakat kita yang mudah terjebak dengan sesuatu yang tak perlu diusahakan secara keras tapi hasilnya deras. Jika ditawarkan peluang lampu ajaib Aladdin ini sudah pasti ramai yang mudah sangat terjebak tanpa berfikir panjang.

Buat Dengan Betul


Apabila kita menemukan satu syarikat yang betul-betul memenuhi kreteria dan memberikan manfaat pada ahlinya, pastikan kita bergiat secara aktif, jalankan perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh.

Perlu ikhlas untuk melakukannya. Ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bersedia untuk membantu seramai mungkin manusia kesan dan akibat dari manfaat produk yang kita ada.
Jangan risau dan takut, Dalam MLM ganjaran sentiasa ada. Bonus sentiasa bersedia untuk berlari ke dalam kocek kita. Namun, harus diingatkan, kunci utama kejayaan dalam perniagaan MLM ini ianya berkait rapat dengan sejauh mana kita ikhlas membimbing, menaja, membantu, dan membentuk komitmen serta displin yang tinggi dalam organisasi kita.
Ada orang yang hebat menaja, mereka menaja hanya berteraskan mahukan bonus yang banyak dari downline mereka. Namun hubungan yang baik di antara mereka dan downline kurang di ambil kira dan akhirnya organisasi mereka hancur dan gagal bertahan.
Hal ini kerana. perniagaan ini sebenarnya melibatkan perhubungan sesama manusia 70% dan 30% pada pergerakan produk.

Buat Betul-Betul

Perkataan betul-betul ini mengambarkan kepada saranan supaya kita melalukan satu-satu gerak kerja dengan seriusdan bukannya main-main. Apabila serius dan bersungguh dalam gerak kerja barulah kejayaan akan menyusul.
Begitu juga dalam perniagaan MLM, kita seharusnya lakukan dengan komited dan komitmen yang tinggi. Mempunyai displin, berfikiran besar dan sentiasa berinisiatif. Tingkatkann kualiti dan kuantiti kerja. Oleh itu pastikan dan cuba paksa diri untuk setahun pertama untuk buat kerja kita betul-betul.

Shaklee Entrepreneur

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *