Vitamin E Shaklee Vitamin Kulit

Vitamin E Shaklee Vitamin Terbaik Untuk Masalah Kulit

Hi uols! Apa khabar semua? Hari ni akak nak share tentang Vitamin E. Sebenarnyakan terlalu banyak manfat Vitamin E ni tapi ramai sebenarnya yang tak kisah sangat tentang pembambilan Vitamin E ni dalam diet seharian.

Haa uols yang singgah blog akak ni ambil tak Vitamin E? Hari ni akak nak share pengalaman anak dara akak yang pernah terkena air panas dan alhamdulillah kulit kembali seperti sediakala setelah amalkan Vitamin E?

Anak dara akak atau lebih dikenali dengan panggilan CPMK (Cik Puan Muda Khaulah), pernah diuji dengan terkena air panas pada usia beliau ketika tu kurang lebih 2 tahun. Masa tu dia nak ambil air dari mesin penapis air, tapi yang atoknya tak perasan tekan untuk air panas dan bila CPMK nak ambil air tu panas dan terus tertumpah hampir separuh tangan. Syukur lah tak kena muka kan.

Vitamin E untuk Kulit

Dia pulak tu pakai baju lengan panjang. So tahap kepanansan pada kulit untuk budak seusia 2 tahun memang tak tertahan lah senang cakap. Tapi knowing CPMK, she a very calm and relax girl. Tengok lah video dia ni macam mana boleh relax je dalam perjalanan nak ke hospital tu.

Rasa budak lain dah meraung dah oi.

Ok berbalik pada tangan Khaulah, ikutkan kata doktor yang rawat beritahu dahulu, CPMK punya kesan lecuran tahap 2nd degree dan 3rd degree.

Waktu tu juga Doktor maklumkan yang “pasti” akan tinggal keloid memandangkan isi dia agak tertarik dibahagian hujung. Tapi akak kan sentiasa berlagak cool. Akak senyum kata kat dia, “Tak apa kita usahakan ok Sayang, insyaAllah tangan U akan ok”. Khaulah dah tentunya cool luar biasa.

Kalau budak lain kena akak rasa meraung dah satu hospital. Tapi dia maintain masih boleh senyum. CPMK yang selalu dan sentiasa berikan mama kekuatan luar biasa hingga ke hari ini.

Sebenarnya dua hari je ke klinik untuk cuci. Ikutkan doktor perlu buat sampai kering. Tapi dia sendiri request tak mahu doktor buat.

Vitamin E Shaklee Kulit Melecur

Dia request mahu papa “cuci” dan sapu dengan “cream magic”. Cream magic yang beliau maksudkan ialah Herb Blend. Alhamdulillah tak perlukan masa yang lama untuk kering.

Ok berbalik pada kesan keloid yang Doktor ramalkan, alhamdulillah tangan CPMK licin dan tidak tinggalkan kesan sedikit pun sehingga ke hari ini. Nak tahu tak apa rahsianya? Tentulah Vitamin E.

Haa budak 2 tahun bagi makan Vitamin E? Hello akak waras lagi ok. Vitamin E tu akak pecahkan dan sapukan di sekitar kulit yang tersiat akibat kesan dari air panas itu. Hampir setiap hari kami sapukan Vit E dan Vivix pada kesan lecuran ditangan beliau.

Vitamin E Dan Kulit

Apa Itu Vitamin E?

Untuk yang tertanya-tanya mungkin, Apa itu Vitamin E?

Minyak Vitamin E adalah nutrien dan antioksidan.

Menurut National Institutes of Health of Dietary Supplements, Vitamin E membantu meneutralkan radikal bebas, yang merosakkan sel dan mungkin menyumbang kepada penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit lain.

Dr. Manoj K. Ahuja, Fortis Hospital berkata, minyak Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak yang kuat yang dapat meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.

Ia merangkumi sekumpulan lapan sebatian yang merangkumi tocopherols dan tocotrienols. Sebabtu Vitamin E ni sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik

Apa Manfaat Vitamin E Pada Kulit?

Kalau uols nak tahu, Vitamin E adalah nutrien larut minyak. Ia sangat bagus dalam mengembalikan kelembapan yang hilang pada kulit, dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak.

Uols juga sebenarnya boleh campurkan beberapa titisan minyak vitamin E dengan lotion untuk di sapu pada keseluruhan badan sebelum tidur untuk dapatkan kulit yang cantik.

Vitamin E juga sangat bagus untuk merawat kulit dari celaan matahari yang terik. Haa ni dah nak start cuti sekolah kan, pasti ramai yang dah plan nak pergi bercuti. Dengan keadaan cuaca yang agak panas kebelakangan ini akan menyebabkan kulit terdedah pada sinaran UV yang melampau.

Vitamin E untuk kulit

Oleh itu pastikan uols ambil Vitamin E secukupnya supaya tak stress nanti muka breakout selepas pulang dari bercuti.

Kalau uols nak tahu, menurut Dr Adarsh Kumar, Vitamin E adalah antioksida yang berkuasa meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet, maka ia mamou memudarkan celaan dari cahaya matahari.

Vitamin E juga antara vitamin yang boleh bantu untuk menyuburkan kulit. Menurut Dr. Deepali Bhardwaj, Pakar Kulit Kulit di Delhi, vitamin E menjadikan saraf lebih kuat dan membantu dalam menyuburkan kulit kita dari dalam.

Pecahkan kapsul Vitamin E dengan pin dan sapukan pada kulit bagi mendapatkan wajah lembut dan berseri seperti yang uols mahukan. Yang ni memang terbukti bila mana kulit CPMK yang kami keraop sapukan dengan Vitamin E kembali tumbuh elok selepas proses healing dari kejadian air panas tersebut.

Bagaimana Memilih Vitamin E?

Soalan yang macam ni memang akak suka. Vitamin E pilihan akak tentunyta Vitamin E Shaklee. Kenapa Shaklee? Kerana Vitamin E Shaklee merupakan antara Vitamin E terbaik dunia.

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Ia diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta) dan ini menjadikan Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap dan semula jadi di pasaran.

Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan lebih baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Haa best kan, kalau kita dah ada produk yang selamat dan diyakini berkesan kenapa perlu pilih yang lain bukan. Akak sendiri nampak kesan tu pada kulit CPMK dan menyebabkan akak yakin Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik dan selamat untuk diambil

Boleh hubungi akak untuk cuba dan dapatkan konsultasi percuma. Akak akan bantu uols yang berminat nak dapatkan multivitamin Shaklee.

Shaklee Master Coordinator

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

JOM HUBUNGI AKAK CUN SEKARANG!

www.wasap.my/60127894742/bisnesshaklee

Fb: Zura Betty

TIKTOK: Zura Betty

Instagram: Zura Betty

WEB: naluriibu.net

Ikon Wanita Bahagia & Berjaya

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM35.

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *